Kospirasi Bola Sepak Dunia! Ahad, May 2 2010 

Sebelum anda terus membaca artikel ini saya berharap supaya anda membuka fikiran anda seluasnya. Tujuan saya terbitkan artikel ini adalah untuk mencerahkan apa yang sebelum ini gelap dan diikuti oleh ramai dari kita semua tanpa mereka sedari. Semoga apa yang dipaparkan akan membuka minda anda. Dan apa yg kami paparkan bukanlah tertakluk kpd beberapa contoh yg kami berikan saja. Contoh yg selebihnya, anda carilah sendiri. Kami menunjukkan jalan, anda yg perlu melaluinya atas usaha anda sendiri. Selamat Membaca!

image image

Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewangan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.
Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).

image Malcolm Glazer

Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.image

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:

image imageperhatikan garis hijau yg membentuk mata dan perkataan united dibawahnya. United under the one eye?/bersatu dibawah mata satu?
image image the one eye of Ra, the Sun God (the all-seeing eye)

Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang ‘garfu’ yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua garisan merah di atas dan bawah logo dusatukan oleh dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan membenteuk sebiji mata yg dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai mata Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.
Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan ‘angka sial’ bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bintang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.

image image

Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN Uitu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:
M=13 A=1 N=14 U=21
1+3+1+1+4+2+ 1=13
Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.
E dan R
E=5, R=18
18-5=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20
1+4+3+8+5+1+ 9+2+0=33
No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, menyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knights of Templar dan salib Kristian:

Salib Templar

image
Salib Kristian
image

Salib Templar di Logo AC Milanimage

Knights of Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knights of Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:
A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.image

Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.image

Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.
Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t. Dan sedarkah anda sepanjang anda menyokong, memuja mereka anda telah memuja syaitan dan telah menduakan Allah?

Tidak diakui lagi? Lihat persamaan ketara ini pula:

image

Bukankah muka SETAN di logo Man U hampir sama dengan muka Baphomet dan pentagram tersebut? Lihat bagaimana ‘dia’ tersenyum kepada kita yg menyokong dia.

image

Bagaimana pula dgn yg ini? Adakah ini gambar singa seperti yg anda fikirkan? Adakah ini singa jantan? Tidak. Ini adalah seekor singa betina kerana singa jantan mempunyai ‘mahkota’ iaitu rambutnya dan singa di logo Chelsea ini tidak. Kenapa singa betina? Kerana ini :imageIni adalah Firaun ‘singa betina’ Tefnut. Inilah apa yg diletakkan didada kita sebenarnya. Bukan seekor singa garang spt yg mulanya kita fikirkan.

image Checkered floor

image

image

Masonic/Kabalistic Moon and Star

image

Fleur-de-lis, symbol kerajaan-kerajaan lama eropah terutamanya Perancis dan juga symbol kpd Priory of Sion

image

priory of sion

image

Mahkota diatasnya yg mempunyai salib adalah sama seperti St Thomas’ Cross yg menjadi symbol St Thomas Christians (Nasrani Menorah)

Selama kita memakai PAKAIAN MEREKA selama itulah kita membawa gambar firaun, iblis, syaitan dan keturunannya dan lambang-lambang lain yg memuja mereka

Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.

Al-Hijr 39-40

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.

Muhammad Bin Abdullah



Fikirkan semula!

image
Thanks to:
Muz & Fad
Regards,image
edited by,image

wAllahualam. .
Sekian, wassalam
(p/s harapnya peminat2 fanatik bola sepak dapat membuka minda anda dan jangan bertindak mengikut perasaan, Ini hanyalah sebagai info sahaja…)

Berkalau2 amalan syaitan…kredit to AbuSaif…happy reading… Rabu, Jun 3 2009 

Another good article from Abu Saif…..

“Argh… tiga puluh Hadith dengan matan dan sanad, campur syarahnya lagi… rasa nak meletup kepala!” saya mengomel sendirian di dalam bilik.

Nota-nota subjek Hadith II sudah selesai saya baca. Ditambah pula dengan subjek Fiqh Hubungan Antarabangsa yang juga peperiksaan kedua semester ini berlangsung pada hari yang sama. Sepanjang malam saya sesak dada dan sesak kepala mahu menghadam semua itu. Tidak cukup dengan peperiksaan, hari ini juga merupakan giliran saya membentangkan assignment subjek Hak-hak Asasi Manusia. Saya diberikan tajuk Hak Beragama Menurut Perspektif Islam.

Tiga subjek untuk dinilai dalam dewan peperiksaan hari ini. Dua daripadanya menyumbang kepada 25 markah setiap satu. Pembentangan pula menyumbang kepada 10 markah.

Saya segera meninggalkan bilik untuk menuju ke kampus. Pintu bilik dikunci. Di dalam bilik saya ada beberapa buah buku yang dibeli dengan syarat yang luar biasa. Dek kerana sensitifnya isi kandungan buku itu di Jordan, saya dikehendaki bersumpah dengan nama Allah untuk tidak mendedahkan daripada mana dan siapa saya membelinya. Memikirkan semua itu, pintu bilik sentiasa saya kunci jika saya tiada di rumah.

“Ehh… kenapa ni? Mustahil!” saya tergamam.

Selesai memakai kasut, pintu keluar rumah saya terkunci. Puas pemulas pintu dipusing-pusing, saya gagal membukanya.

Mungkin ahli rumah saya terlupa kepada pesanan saya malam tadi bahawa pintu atas jangan dikunci memandangkan kami baru seminggu berpindah ke rumah tersebut. Saya tidak mempunyai kunci atas dan kelas saya bermula lewat sejam daripada ahli rumah yang lain.

Aduh!

Jantung saya berdegup kencang.

Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi. Tinggal setengah jam lagi sebelum peperiksaan Hadith II bermula.

KUNCI OH KUNCI

Kata salah seorang daripada ahli rumah saya, pintu bilik saya juga boleh diguna untuk membuka pintu keluar rumah kami. Saya segera keluarkan kunci berkenaan dan cuba membukanya. Malang sekali, kunci itu yang hampir sama dengan kunci pintu depan, hanya boleh diguna untuk dibuka dari luar. Bukan dari dalam.

Saya terus memulas kunci itu.

Bukan lagi untuk membuka pintu, tetapi untuk menghilangkan rasa panik.

Tap!!!

Kunci itu patah.

“Allaaaahu Akbarrrrr!!!!” saya menjerit di dalam rumah.

Mahu ke kelas sudah tidak mungkin. Mahu masuk ke bilik, kunci sudah patah.

Saya terperangkap di ruang tamu rumah yang sejuk.

Di fikiran, sudah terbayang muka Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad yang maha garang itu. Subjek Hadith II kami ambil dengan penuh tekanan psikologi disebabkan oleh garangnya beliau. Tambahan pula dengan muka Dr. Ahmad al-’Audhi yang juga serba menggerunkan. Saya sangat panik.

Dua subjek sedang terawang-awang di udara.

Pembentangan subjek Hak-hak Asasi Manusia juga dalam genggaman tangan saya yang kesejukan.

Untuk keluar ikut tingkap dan terjun dari tingkat dua rumah kedai… mustahil pula rasanya.

Dalam rasa panik yang amat sangat, tanpa sedar air mata saya mula keluar. Saya tahu apa implikasi kejadian pagi ini. Sesuatu yang tidak pernah diduga. Saya segera berbaring di atas tilam di ruang tamu, menyelimutkan badan dan terus mendiamkan diri, termenung dan termenung… menanti petang.

Saya berdoa juga mudah-mudahannya ada ahli rumah saya yang balik sekejap ke rumah di tengah hari. Sekurang-kurangnya pembentangan subjek Hak-hak Asasi Manusia itu dapat saya lakukan.

Malang sekali… saya terus keseorangan, kesepian dalam rasa takut dan resah yang amat sangat.

Selepas solat zohor di ruang tamu yang semakin sejuk itu, saya tertidur kerana keletihan dan kesejukan.

MENJELANG PETANG

“Assalamualaikum. Eh, tak pergi kelas?” ahli rumah saya baru pulang.

Soalan yang ditanyanya bagai lembing menikam jantung.

“Pinjam kunci!” saya bingkas bangun dan menggunakan kunci pintu depan itu untuk membuka bilik saya.

Masuk ke bilik saya terus menghempaskan diri ke katil. Kaset Muhammad Emin Ay saya pasang dan fikiran sengaja dibawa terbang ke alam Othmaniyyah saya dengan iringan Ilahiler klasik Turki itu.

Di sebelah malam, ramai rakan datang berkumpul di rumah saya kerana mereka meraikan peperiksaan yang baru selesai siang tadi. Saya yang masih buntu dengan nasib hari esok, terus cuba mengulangkaji pelajaran, khususnya Hadith II yang kebetulannya ada satu lagi peperiksaan esok pagi. Subjek itu ditawarkan dalam dua sesi, dan saya merancang untuk mengambilnya bersama kelas sesi II yang akan menduduki peperiksaannya esok.

Tetapi suara gelak ketawa di luar bingit sekali.

Dalam marah bercampur letih, saya mengamuk.

“Hoi!!!! Aku tahu la kome dah habis periksa. Diam le ooiii!” saya bertempik dari celah daun pintu yang kemudiannya dihempas sekuat hati.

Rumah jadi sepi.

Video ditutup.

Semua orang bangkit meninggalkan rumah dan pergi ke rumah jiran yang lain untuk melepak.

Saya terasa bersalah, tetapi fikiran saya amat berserabut.

SINAR PAGI… YANG MEMBAKAR

“Kenapa dengan anta?” tanya seorang rakan dari Indonesia.

Beliau hairan melihat saya terpacak di pintu pejabat Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad.

“Ana terlepas exam semalam. Ni nak minta izin dari doktor untuk masuk peperiksaan hari ini” saya memberitahu.

“Ohh, perlu ke nak minta izin? Tak payah! Ayuh ikut saya ke bilik kuliah. Saya juga belum periksa semalam. Kita senasib!” katanya kepada saya.

Dalam fikiran dan perasaan yang masih keliru dan membingungkan, saya mengekori beliau dan terus masuk ke bilik kuliah, tempat peperiksaan bakal diadakan. Entah mengapa, saya terlupa kepada pantang larang terbesar itu. Masuk ke peperiksaan sesi lain, tanpa pemberitahuan dan persetujuan pensyarah.

Setelah mengambil tempat duduk, saya menunggu dengan gelisah. Dr. Ahmad Hasan sudah masuk. Wajahnya seperti biasa. Garang dan menyeramkan. Satu demi satu set kertas jawapan diedarkan.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan tempik beliau.

“Set kertas jawapan tidak cukup! Siapa pelajar lain yang masuk ke kelas ini???” Dr. Ahmad Hasan menengking kami di dalam kelas.

GEMPA BUMI!

Saya lihat beberapa orang pelajar tunduk mendiamkan diri. Mereka dari sesi yang sama dengan saya dan entah apa alasan mereka tidak hadir ke peperiksaan semalam. Saya yang semakin serba salah, hampir terputus nyawa apabila diugut oleh Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad.

“Kalau kamu tidak mengaku, saya akan periksa satu persatu. Jika saya jumpa, nahas kamu!” gertak beliau.

Saya tidak mampu untuk berbohong lagi. Dengan kepala lutut yang menggeletar, saya berdiri dan mengangkat tangan.

“Ana doktor!” saya memberikan isyarat kepada Dr. Ahmad Hasan.

Belum sempat saya membuat penjelasan, kertas jawapan di meja saya dicarik-cariknya. Kertas yang koyak rabak itu dicampak ke muka saya.

“Barraaaahhhh! Berambus kamu!” katanya kepada saya.

Dengan perasaan malu dan takut yang memuncak, saya berjalan lesu meninggalkan bilik peperiksaan. Saya sudah tahu apakah nasib saya selepas ini.

Menjelang tengah hari, segalanya sudah jelas. Subjek Hadith II mesti saya gugurkan kerana kejadian semalam. Subjek Fiqh Hubungan Antarabangsa juga terpaksa saya gugurkan memandangkan subjek itu hanya ditawarkan satu sesi dan rayuan saya untuk peperiksaan khusus ditolak. Subjek Hak-hak Asasi Manusia, saya berasa lega kerana diberi peluang untuk membentangkannya pada sesi kelas yang berikutnya.

Dua subjek terpaksa digugurkan.

Dengan keguguran dua subjek tersebut, satu semester tambahan pada sesi pengajian tahun berikutnya terpaksa dibuat. Dalam tempoh yang saya sudah sepatutnya tidak lagi berada di Jordan itulah, saya dikenakan HUKUMAN GANTUNG SELAGI HIDUP.

Malang bertimpa-timpa.

Kalaulah saya ambil lebih subjek pada musim-musim panas yang lalu.

Kalaullah saya keluar awal bersama ahli rumah yang lain ke kelas dan mengulangkaji di kantin sebelum peperiksaan.

Banyak sungguh kalau yang keluar, tatkala saya dibelenggu dengan insiden penggantungan biasiswa ketika kebanyakan kawan sudah pun menamatkan pengajian meninggalkan saya yang tersangkut dengan 1001 KALAU.

Akhirnya saya pasrah. Dalam segala keperitan yang berlarutan ekoran kejadian pintu rumah terkunci itu, saya disedarkan dengan pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Apakah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu?

Saya mengambil masa hampir 10 tahun untuk memahaminya. Berfikiran positif, tidak pernah berakhir dengan kecewa. Alhamdulillah dan Alhamdulillah, atas segalanya.

ABU SAIF@ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG
“Argh… tiga puluh Hadith dengan matan dan sanad, campur syarahnya lagi… rasa nak meletup kepala!” saya mengomel sendirian di dalam bilik.

Nota-nota subjek Hadith II sudah selesai saya baca. Ditambah pula dengan subjek Fiqh Hubungan Antarabangsa yang juga peperiksaan kedua semester ini berlangsung pada hari yang sama. Sepanjang malam saya sesak dada dan sesak kepala mahu menghadam semua itu. Tidak cukup dengan peperiksaan, hari ini juga merupakan giliran saya membentangkan assignment subjek Hak-hak Asasi Manusia. Saya diberikan tajuk Hak Beragama Menurut Perspektif Islam.

Tiga subjek untuk dinilai dalam dewan peperiksaan hari ini. Dua daripadanya menyumbang kepada 25 markah setiap satu. Pembentangan pula menyumbang kepada 10 markah.

Saya segera meninggalkan bilik untuk menuju ke kampus. Pintu bilik dikunci. Di dalam bilik saya ada beberapa buah buku yang dibeli dengan syarat yang luar biasa. Dek kerana sensitifnya isi kandungan buku itu di Jordan, saya dikehendaki bersumpah dengan nama Allah untuk tidak mendedahkan daripada mana dan siapa saya membelinya. Memikirkan semua itu, pintu bilik sentiasa saya kunci jika saya tiada di rumah.

“Ehh… kenapa ni? Mustahil!” saya tergamam.

Selesai memakai kasut, pintu keluar rumah saya terkunci. Puas pemulas pintu dipusing-pusing, saya gagal membukanya.

Mungkin ahli rumah saya terlupa kepada pesanan saya malam tadi bahawa pintu atas jangan dikunci memandangkan kami baru seminggu berpindah ke rumah tersebut. Saya tidak mempunyai kunci atas dan kelas saya bermula lewat sejam daripada ahli rumah yang lain.

Aduh!

Jantung saya berdegup kencang.

Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi. Tinggal setengah jam lagi sebelum peperiksaan Hadith II bermula.

KUNCI OH KUNCI

Kata salah seorang daripada ahli rumah saya, pintu bilik saya juga boleh diguna untuk membuka pintu keluar rumah kami. Saya segera keluarkan kunci berkenaan dan cuba membukanya. Malang sekali, kunci itu yang hampir sama dengan kunci pintu depan, hanya boleh diguna untuk dibuka dari luar. Bukan dari dalam.

Saya terus memulas kunci itu.

Bukan lagi untuk membuka pintu, tetapi untuk menghilangkan rasa panik.

Tap!!!

Kunci itu patah.

“Allaaaahu Akbarrrrr!!!!” saya menjerit di dalam rumah.

Mahu ke kelas sudah tidak mungkin. Mahu masuk ke bilik, kunci sudah patah.

Saya terperangkap di ruang tamu rumah yang sejuk.

Di fikiran, sudah terbayang muka Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad yang maha garang itu. Subjek Hadith II kami ambil dengan penuh tekanan psikologi disebabkan oleh garangnya beliau. Tambahan pula dengan muka Dr. Ahmad al-’Audhi yang juga serba menggerunkan. Saya sangat panik.

Dua subjek sedang terawang-awang di udara.

Pembentangan subjek Hak-hak Asasi Manusia juga dalam genggaman tangan saya yang kesejukan.

Untuk keluar ikut tingkap dan terjun dari tingkat dua rumah kedai… mustahil pula rasanya.

Dalam rasa panik yang amat sangat, tanpa sedar air mata saya mula keluar. Saya tahu apa implikasi kejadian pagi ini. Sesuatu yang tidak pernah diduga. Saya segera berbaring di atas tilam di ruang tamu, menyelimutkan badan dan terus mendiamkan diri, termenung dan termenung… menanti petang.

Saya berdoa juga mudah-mudahannya ada ahli rumah saya yang balik sekejap ke rumah di tengah hari. Sekurang-kurangnya pembentangan subjek Hak-hak Asasi Manusia itu dapat saya lakukan.

Malang sekali… saya terus keseorangan, kesepian dalam rasa takut dan resah yang amat sangat.

Selepas solat zohor di ruang tamu yang semakin sejuk itu, saya tertidur kerana keletihan dan kesejukan.

MENJELANG PETANG

“Assalamualaikum. Eh, tak pergi kelas?” ahli rumah saya baru pulang.

Soalan yang ditanyanya bagai lembing menikam jantung.

“Pinjam kunci!” saya bingkas bangun dan menggunakan kunci pintu depan itu untuk membuka bilik saya.

Masuk ke bilik saya terus menghempaskan diri ke katil. Kaset Muhammad Emin Ay saya pasang dan fikiran sengaja dibawa terbang ke alam Othmaniyyah saya dengan iringan Ilahiler klasik Turki itu.

Di sebelah malam, ramai rakan datang berkumpul di rumah saya kerana mereka meraikan peperiksaan yang baru selesai siang tadi. Saya yang masih buntu dengan nasib hari esok, terus cuba mengulangkaji pelajaran, khususnya Hadith II yang kebetulannya ada satu lagi peperiksaan esok pagi. Subjek itu ditawarkan dalam dua sesi, dan saya merancang untuk mengambilnya bersama kelas sesi II yang akan menduduki peperiksaannya esok.

Tetapi suara gelak ketawa di luar bingit sekali.

Dalam marah bercampur letih, saya mengamuk.

“Hoi!!!! Aku tahu la kome dah habis periksa. Diam le ooiii!” saya bertempik dari celah daun pintu yang kemudiannya dihempas sekuat hati.

Rumah jadi sepi.

Video ditutup.

Semua orang bangkit meninggalkan rumah dan pergi ke rumah jiran yang lain untuk melepak.

Saya terasa bersalah, tetapi fikiran saya amat berserabut.

SINAR PAGI… YANG MEMBAKAR

“Kenapa dengan anta?” tanya seorang rakan dari Indonesia.

Beliau hairan melihat saya terpacak di pintu pejabat Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad.

“Ana terlepas exam semalam. Ni nak minta izin dari doktor untuk masuk peperiksaan hari ini” saya memberitahu.

“Ohh, perlu ke nak minta izin? Tak payah! Ayuh ikut saya ke bilik kuliah. Saya juga belum periksa semalam. Kita senasib!” katanya kepada saya.

Dalam fikiran dan perasaan yang masih keliru dan membingungkan, saya mengekori beliau dan terus masuk ke bilik kuliah, tempat peperiksaan bakal diadakan. Entah mengapa, saya terlupa kepada pantang larang terbesar itu. Masuk ke peperiksaan sesi lain, tanpa pemberitahuan dan persetujuan pensyarah.

Setelah mengambil tempat duduk, saya menunggu dengan gelisah. Dr. Ahmad Hasan sudah masuk. Wajahnya seperti biasa. Garang dan menyeramkan. Satu demi satu set kertas jawapan diedarkan.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan tempik beliau.

“Set kertas jawapan tidak cukup! Siapa pelajar lain yang masuk ke kelas ini???” Dr. Ahmad Hasan menengking kami di dalam kelas.

GEMPA BUMI!

Saya lihat beberapa orang pelajar tunduk mendiamkan diri. Mereka dari sesi yang sama dengan saya dan entah apa alasan mereka tidak hadir ke peperiksaan semalam. Saya yang semakin serba salah, hampir terputus nyawa apabila diugut oleh Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad.

“Kalau kamu tidak mengaku, saya akan periksa satu persatu. Jika saya jumpa, nahas kamu!” gertak beliau.

Saya tidak mampu untuk berbohong lagi. Dengan kepala lutut yang menggeletar, saya berdiri dan mengangkat tangan.

“Ana doktor!” saya memberikan isyarat kepada Dr. Ahmad Hasan.

Belum sempat saya membuat penjelasan, kertas jawapan di meja saya dicarik-cariknya. Kertas yang koyak rabak itu dicampak ke muka saya.

“Barraaaahhhh! Berambus kamu!” katanya kepada saya.

Dengan perasaan malu dan takut yang memuncak, saya berjalan lesu meninggalkan bilik peperiksaan. Saya sudah tahu apakah nasib saya selepas ini.

Menjelang tengah hari, segalanya sudah jelas. Subjek Hadith II mesti saya gugurkan kerana kejadian semalam. Subjek Fiqh Hubungan Antarabangsa juga terpaksa saya gugurkan memandangkan subjek itu hanya ditawarkan satu sesi dan rayuan saya untuk peperiksaan khusus ditolak. Subjek Hak-hak Asasi Manusia, saya berasa lega kerana diberi peluang untuk membentangkannya pada sesi kelas yang berikutnya.

Dua subjek terpaksa digugurkan.

Dengan keguguran dua subjek tersebut, satu semester tambahan pada sesi pengajian tahun berikutnya terpaksa dibuat. Dalam tempoh yang saya sudah sepatutnya tidak lagi berada di Jordan itulah, saya dikenakan HUKUMAN GANTUNG SELAGI HIDUP.

Malang bertimpa-timpa.

Kalaulah saya ambil lebih subjek pada musim-musim panas yang lalu.

Kalaullah saya keluar awal bersama ahli rumah yang lain ke kelas dan mengulangkaji di kantin sebelum peperiksaan.

Banyak sungguh kalau yang keluar, tatkala saya dibelenggu dengan insiden penggantungan biasiswa ketika kebanyakan kawan sudah pun menamatkan pengajian meninggalkan saya yang tersangkut dengan 1001 KALAU.

Akhirnya saya pasrah. Dalam segala keperitan yang berlarutan ekoran kejadian pintu rumah terkunci itu, saya disedarkan dengan pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Apakah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu?

Saya mengambil masa hampir 10 tahun untuk memahaminya. Berfikiran positif, tidak pernah berakhir dengan kecewa. Alhamdulillah dan Alhamdulillah, atas segalanya.

ABU SAIF@ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Masyallah, another great artikel,Happy reading Jumaat, May 15 2009 

Assalamualaikum semua, pernahkah terlintas di akal fikiran kita bahawa “Takut” itu adalah suatu nikmat. Dalam-dalam kita katakan “Aku bukannya pengecut” tapi, sebenarnya kita tak sedar yang sifat “Takut/pengecut” tu memang dah berada dalam diri setiap satu daripada kita dan takut itu banyak membantu kita, kadang kala sampai mampu menyelamatkan nyawa kita.

Khutbah Jumaat: Takut Yang Sudah Tercabut Itu

khutbahhajat

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta’aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.

 

Takut kepada panas, menyelamatkan manusia daripada tercedera memegang api.

Takut kepada penyakit dan kesakitan,  menjadikan manusia berusaha lebih untuk menjaga kesihatan.

Takut kepada rompakan dan kehilangan, manusia akan menjaga aspek-aspek sekuriti di kediaman masing-masing.

Semua perasaan takut itu adalah untuk membantu manusia menjaga kualiti hidupnya kerana untuk selamat, manusia perlu bertindak lebih pantas daripada proses berfikir. Takut menghasilkan tindakan spontan yang diperlukan.

Begitu jugalah dengan sifat-sifat kontras yang lain di dalam diri manusia. Sifat marah, cemburu, dendam, letih dan mengantuk, biar pun lazimnya dianggap negatif, hakikatnya ia mempunyai peranan yang tersendiri dalam menghasilkan manfaat dan mencegah mudarat dalam kehidupan manusia.

91_07-10

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; –

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – Yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – Yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

[Al-Syams  91: 7-10]

Sifat takut ini boleh berubah daripada baik kepada buruk, apabila ia tidak diletakkan kena pada tempatnya. Apabila perasaan takut itu melebihi keperluannya, maka manusia yang selamat kerana memanfaatkan rasa takut yang betul, berubah menjadi manusia yang penakut hingga merosakkan diri.

Cicak mungkin disangkanya buaya.

Cacing mungkin disangkanya ular.

Perkara kecil menjadi besar… tatkala takut hilang batasan dan menguasai diri melebihi keperluan.

Justeru Allah Subhanahu wa Taala mengingatkan orang-orang yang beriman, agar belajar menguruskan ketakutan. Mereka juga diberi peringatan supaya menyiapkan diri, bahawa ada keadaannya, orang-orang yang beriman ini akan diuji oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan beberapa cabaran kehidupan termasuk ujian berupa ketakutan.

Firman Allah Subhanahu wa Taala di dalam al-Quran:

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” [Al-Baqarah 2: 155]

 

Di dalam ayat ini, Allah Azza wa Jalla menerangkan kepada kaum yang beriman bahawa keimanan mereka kepada Allah harus meningkat dari satu tahap ke satu tahap, dan peningkatan itu berlaku melalui kejayaan mereka menangani dan menguruskan beberapa ujian kehidupan. Antara yang disebut di dalam ayat itu:

1.       Ketakutan

2.       Kelaparan

3.       Kekurangan harta

4.       Ancaman nyawa

5.       Kehilangan sumber tanaman atau sumber pendapatan

Inilah bentuk ujian yang akan melazimi kehidupan orang-orang yang beriman. Kesemuanya datang dengan maksud yang jelas, iaitu sebagai desakan daripada Allah untuk menzahirkan siapakah di kalangan kita yang akan bertindak secara yang terbaik di dalam hidup ini, tatkala berdepan dengan ujian-ujian berkenaan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

almulk_2

 

Dialah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan kamu sebagai ujian untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).[al-Mulk : 2]

Antara ujian yang tersenarai itu, Allah Subhanahu wa Taala meletakkan ujian ketakutan sebagai ujian pertama, kerana ketakutan itu boleh bersarang dan menguji manusia sebelum ujian yang sebenarnya terjadi. Seorang yang mahu mengamalkan Islam, mungkin membayangkan kesusahan hidupnya apabila pilihannya tidak disenangi rakan, susah mahu naik pangkat, susah nak dapat tender, dan pelbagai lagi kerisauan dan ketakutan yang muncul di dalam diri, sebelum ia sebenar-benarnya berlaku. Bahkan mungkin ia tidak akan berlaku.

Justeru, seorang mukmin diperingatkan oleh Allah supaya membina kekuatan dan keberanian sebagai sebahagian daripada pembinaan iman.

Allah memujuk orang-orang yang beriman agar membuang rasa takut itu dengan beberapa cara. Misalnya, di awal ayat itu, Allah menggunakan kalimah ???? yang memberikan makna sedikit. Maka sesungguhnya sebesar mana sekali pun ujian yang mendatang, ia hanya secebis dan sedikit daripada ketakutan yang sebenar.

Masakan tidak.

Jika kita takut dengan cakap-cakap orang apabila kita memilih untuk menutup aurat, sebesar manakah ketakutan itu jika dibandingkan dengan ketakutan Akhirat tatkala kealpaan kita daripada mematuhi Allah bakal menerima akibatnya yang Maha Dahsyat. Jika kita takut kepada sedikit kehilangan harta benda semata-mata kerana menolak rezeki yang haram, apalah sangat ketakutan itu berbanding ketakutan ancaman Allah untuk membakar setiap inci daging tubuh yang tumbuh dari sumber yang haram?

Sesungguhnya ketakutan di dunia, hanya ketakutan yang sedikit.

Maka janganlah sekali-kali perasaan takut menyebabkan kita hilang keupayaan dan kekuatan untuk mentaati Allah di akhir zaman yang penuh fitnah dan mehnah ini. Ia hanya mengundang kehinaan diri, apatah lagi jika ketakutan itu ditambah lagi pula dengan rasa cinta yang mendalam kepada dunia dan kehidupan.

Di dalam sepotong hadith yang panjang, berlaku sahabat bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramaisekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]

Sesungguhnya jangan kita hairan terhadap nasib umat Islam yang ditekan dan dihina pada hari ini. Allah mencabut rasa gerun dari jiwa musuh terhadap kita, disebabkan oleh penyakit hina yang membelenggu diri. Itulah penyakit WAHAN.

Cintakan dunia, dan membenci kematian.

Lupakah kita kepada seruan tentera Saad bin Abi Waqqas semasa masuk ke daerah tanah besar China?

“Kami adalah kaum yang mencintai kematian seperti kamu cintakan kehidupan”

Kata-kata itu bukan ancaman bunuh, tetapi suatu penegasan terhadap prinsip dan keseriusan umat Islam terhadap visi dan misi hidupnya. Kata-kata itulah yang menjadikan Islam, diterima dan berkembang luas di China, lama sebelum Islam menjengah Kepulauan Melayu, suatu ketika dahulu.

Buangkanlah rasa takut yang membelenggu kita daripada berperanan dalam kehidupan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

TIDAK TAKUT

Hari ini, kita berdepan dengan suatu fenomena yang luar biasa.

Ketika orang yang baik-baik semakin takut-takut untuk mempertahankan prinsip dan keimanannya kepada Allah, manusia yang lupakan Allah pula semakin hilang rasa takut dalam kehidupan.

Manusia menjadi terlalu berani, hingga mereka sanggup melakukan kerja-kerja yang merbahaya, tanpa sebarang manfaat atau sebab yang layak untuk  berkorban hingga mati.

Anak-anak semakin liar dan berani, hingga tiada sekelumit rasa takut di jiwa mereka kepada ibu bapa dan guru. Golongan yang digelar sebagai Mat Rempit tidak takut dengan ancaman kematian, atau kecacatan diri yang serius andai mereka terlibat di dalam kemalangan jalan raya, malah ada sesetengah program yang secara sengaja, mencabar ketakutan manusia untuk fitrah itu dilumpuh, dibunuh atau dimatikan sepenuhnya. Rancangan seperti Fear Factor, adalah rancangan yang secara khusus menyediakan ruang untuk manusia bertanding membuang rasa takut di dalam diri mereka.

Apabila anak-anak tidak takut kepada ibu bapa dan guru, apabila Mat Rempit menganggap hukuman undang-undang, pecah kepala berderai otak, dan lumpuh separuh badan hingga menjadi beban kepada ibu bapa yang sudah puas membasuh berak kencingnya semasa kecil, semua itu sekadar gurauan dan permainan, seluruh masyarakat menanggung sakitnya.

Seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan taraf pendidikan, kesemuanya menanggung kesusahan dan ancaman, dek hilangnya rasa takut daripada naluri manusia seperti ini.

Lebih membimbangkan, terhapusnya rasa takut itu bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak remaja kita dan kelompok Mat Rempit, namun musibah terbesarnya ialah apabila perasaan takut itu tercabut dari jiwa para penjenayah!

Biar pun hukuman gantung diperkenalkan sebagai hukuman mandatori ke atas kesalahan pengedaran dadah, jenayah itu tidak pernah merosot. Pelbagai undang-undang diperkenalkan untuk mengekang jenayah dan mengugut pelakunya, tiada sebarang peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan itu, mampu menimbulkan rasa takut dan gerun di jiwa penjenayah dan masyarakat keseluruhannya.

Lihat sahaja di negara seperti Amerika Syarikat, hukuman penjara yang diperkenalkan, ada di antaranya yang tidak masuk akal. Hukuman penjara mencecah 500 tahun dikenakan ke atas James Downs, seorang bekas pekerja gereja New Destiny Christian di Laveen atas 28 kesalahan jenayah seks di luar tabii dengan kanak-kanak di bawah umur.

Apakah hukuman sedemikian rupa berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara itu? Jauh sekali.

Malah di sesetengah negeri di Amerika Syarikat, ada hukuman bunuh yang sangat kejam diperkenalkan. Hukuman mati di kerus elektrik, mungkin merupakan salah satu bentuk hukuman mati yang paling mengerikan malah menyeksa penjenayah pada kadar yang tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia. Hukuman itu diperkenalkan di Amerika Syarikat seawal tahun 1890 malah turut pernah digunakan di Filipina. Namun hukuman yang amat kejam ini, tidak sama sekali menyumbang kepada merosotnya kadar jenayah di kedua-dua negara berkenaan.

Apabila penjenayah sudah tiada rasa takut, ia menjadi bencana yang menimpa seluruh anggota masyarakat. Tidur malam tidak lena, berjalan siang resah menyerang, setiap detik dan saat adalah peluang untuk jenayah berlaku dan kita mungkin mangsa yang berikutnya.

Sesungguhnya,

Hanya ada satu sahaja undang-undang yang memilik unsur ketakutan yang tidak ada pada hukuman sekejam kerusi elektrik atau penjara 500 tahun. Undang-undang ini tidak kejam tetapi ia amat mengkucar kacirkan fikiran manusia. Belum lagi ia dilaksanakan, penyataan untuk melaksanakannya sudah cukup menimbulkan pelbagai huru hara dalam kehidupan manusia.

Orang tidur bangkit terjaga.

Orang berjaga mengigau di siang masa.

Orang cerdik menjadi bodoh.

Orang bodoh turut tergopoh-gopoh.

Itulah hukuman Allah. Hukuman yang ditentukan oleh Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai hati manusia. Tuhan yang membuka hati kepada rasa takut, dan Tuhan yang menutup hati hingga tercabut kegerunan dan ketakutan. Hukuman itu adalah resepi tunggal, untuk manusia bisa ditundukkan kembali kepada undang-undang dan kehidupan berperaturan.

Hukum Allah, tatkala ia dibawa ke meja perbincangan, sudah cukup untuk menimbulkan rasa bimbang, rungsing dan takut yang membingungkan. Kenyataan-kenyataan seperti makan sup tangan, atau jalan tidak berturap kerana batu habis terpakai untuk merejam penzina dan macam-macam lagi kenyataan lucu yang menyakitkan iman pada yang mendengarnya, timbul di sana sini.

Chaotic atau kehuru-haraan itu bukanlah terjadi secara kebetulan. Ia berbalik kepada unsur-unsur khusus yang terdapat di dalam falsafah undang-undang Qisas, Hudud dan Takzir itu.

Misalnya Allah Subhanahu wa Ta’aala berfirman:

 

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Maaidah 5: 38]

Takut itu adalah perasaan hati.

Hati itu milik Allah.

Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki- Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsur nakaalan minaLlaahitulah yang tidak wujud di dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.

Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.

Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.

Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret  sepuasnya.

 

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya” [Hadith Muttafaq ‘alayh]

Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri basikal di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.

Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.

Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.

ABU SAIF @ www.saifulislam. com
68000 AMPANG 


source: http://saifulislam. com/?p=5649# more-5649

Another great video :)) Isnin, May 11 2009 

Salam kalian, harapnya kalian semua sihat-sihat belaka dan alhamdulillah saya juga berada dalam keadaan sihat, tapi rasanya keadaan di Malaysia sekarang ini tidaklah sesihat yang disangka kerana polis sekarang ini bagaikan “Lembu dicucuk hidung” dan tok dalangnya pastinya kalian semua sudah tahu, tak payahlah saya menyebut namanya di sini, inilah yang terjadi bila kerajaan tidak melaksanakan undang-undang dan bila “tembelang” dah diketahui barulah terhegeh-hegeh nak “cover line” dengan buat spesikulasi sebegini, “permainan tangkap siapa yang bersalah” dan permainan ini dimainkan oleh “Si lembu” dan orang awam, dan pesanan saya kepada si lembu dan “Si pemerintah” :
“Cukup-cukuplah tu tembelang dah terdedah orang semua dah tahu/ satu dunia dah tahu buat malu je la dengan orang luar, kamu sibuk kata nak jaga maruah tapi kamu tak sedar maruah kamu dah lama jatuh, ckup-cukuplah tu “Surrender” je….”

Fikir-fikirkanlah~ Sabtu, May 9 2009 

Salam, bila saya lihat video ni, kadang kala nak gelak pun ada kerana geli hati melihat mereka bergaduh…. apalah yang akan difikirkan oleh masyarak luar jika mereka melihat video ini, usahkan orang luar, orang kita bagaimana?

Manusia-manusia-manusia~! Jumaat, May 1 2009 

Assalamualaikum kepada kalian semua, alhamdulillah, dengan izin-Nya kita masih lagi hidup di dunia-Nya yang sungguh indah dikelilingi dan dihiasi dengan flora dan faunanya tetapi, sesungguhnya begitu, di zaman moden masa kini manusia diibaratkan “Binatang paling kejam di atas muka bumi” kerana manusia telah menggunakan segala sumber alam ini tanpa memikirkan apa akibat yang akan terjadi kepada alam ini, mereka membakar hutan tanpa memikirkan penghuni yang berada di dalam hutan itu seperti haiwan-haiwan liar yang berkemungkinan besar akan pupus disebabkan mereka tiada lagi tempat tinggal, ia memang benar bahawa tuhan telah menjadikan manusia di muka bumi ini untuk menjaga dan menggunakan alam ini demi kebaikan manusia, akan tetapi tuhan tidak menyuruh manusia hanya memikirkan kemaslahatan manusia saja tetapi keseluruh alam ini, akan tetapi, semenjak manusia ini dicipta zaman-berzaman, manusia terus melakukan kerosakan di muka bumi tuhan ini, pernahkah kita tertanya, kenapa ini berlaku? Mengapa itu terjadi? Mengapa ini terjadi?, kita sering mendengar tentang “Global Warming” atau dikenali sebagai “Pemanasan Global”. Masyarakat seluruh dunia tidak dapat mencari jalan penyelesaian yang “definite” maksudnya itulah jalan penyelesaian yang sebenarnya,sama juga dengan kejadian angkasa lepas ini, tiada seorang ahli sains yang mampu memberikan “Definite” reason kenapa sistem solar itu terjadi, mereka hanya mengagak, tapi sudah pastilah berdasarkan kajian. Kesimpulannya sehebet-hebat manusia itu sendiri, manusia itu tak mampu membuat/mencipta sesuatu itu tanpa melakukan kemusnahan dan kesilapan, sama juga dengan cara mereka membesar, mereka pasti akan bermula dengan budak yang selalu membuat kesilapan dan kemudiannya akan dibentuk menjadi manusia yang lebih matang. Itulah dia, kita mungkin mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang, akan tetapi, ingatlah bahawasanya hanya “Yang Maha Bijaksana” itulah yang mempunyai ilmu yang kekal dan luas, Ilmu yang kita pelajari di dunia ini pasti sampai masanya ia tak diperlukan lagi, iaitu sewaktu kita mati, di situlah ia penghujung kepada ilmu kita, kerana kita tak mampu menggunakannya lagi. Insyallah sama-sama lah kita ingat mengingati kerana inga-mengingati itu adalah dakwah, dakwah itu walaupun hanya benda yang kecil, tetapi pahalanya masyallah hanaya Allah sahaja yang tahu, Rasanya sampai di sini sahaja buat masa ini, Yang baik datangnya daripada Allah dan segala kekurangan datangnya daripada diri saya sendiri.Wassalam

Adakah kita masih ingat? Isnin, Apr 13 2009 

Salam semua, saya di sini mahu menerangkan bahawa bagaimana pentingnya kita memahami dan mendalami sirah/kisah perjuangan rasulullah s.a.w dalam menegakkan syiar Islam bersama-sama para sahabat sehingga mencetus satu peristiwa besar di mana Islam telah berkembang luas ke serata dunia, jadi, marilah kita bersama-sama cuba menghayati pengorbanan baginda yang mulia ini, cuba anda bayangkan jika Islam itu tidak disebarkan oleh para-para sahabat, kita mungkin berada di dalam kesesatan dan mungkin nama kita tak seperti sekarang ini, mungkin nama kita lebih teruk apabila dibandingkan dengan nama-nama orang barat sekarang dan anda mungkin tidak perasan yang amalan ibadah kita seharian, iaitu solah merupakan ibadah yang cukup sempurna kerana ia mengajar kita subjek seperti geography, math, dan lain-lain lagi, jika anda tak percaya, saya boleh buktikannya, anda membasuh anggota badan anda sewaktu berwhuduk berapa kali, 3, bukan, itu adalah matematik subjek yang melibatkan kiraan dan ada juga beberapa contoh lain yang berkaitan dengannya seperti, kiraan rakaat, dan ada juga subjek yang melibatkan tentang bumi kita yang dikenali sebagai geografi, contohnya adalah arah kiblat, dan pastinya anda semua mahu tahu sedikit sebanyak tentang bagaimana solah itu boleh “fit” kan subjek-subjek itu, bukan? Ini sesuatu persoalan yang mungkin kita dapat menafsirkannya dengan betul atau tidak tetapi yang pastinya Allah itu maha mengetahui segalanya dan dia sahajalah yang maha bijaksana kerana dia dapat membuat satu amalan yang kita tidak sedar bahawa amalan itu mengajar kita ilmu-ilmu penting dan sangat berguna untuk kita amalkan? Kata-kata terakhir saya adalah “Solah” adalah suatu amalan yang sangat “Menakjubkan” dan tak mungkin ada seorang genius di dalam dunia ini mampu mencipta satu benda yang sangat sempurna seperti amalan “solah” ini….Mungkin anda tertanya-tanya kenapa saya gunakan “Solah” dan tidak “solat”, bukan? baiklah begini bukankah di dalam tulisan arab terdapat ta’ marbutoh di hujungnya jadi haruslah ia disebut seperti ini “Solah” itu sahaja,pasti ramai yang tahu akan benda ini tetapi disebabkan kita selalu menyebut “solah” itu “solat” jadi, kita terbiasa dengan itu, lain pula dengan orang-orang arab, mereka memanggilnya “salah”, sebuta yang “agak” tepat, tetapi itu masih silap, rasanya itu sahaja buat masa ini, wassalam…

Seruan Imam 4 Mazhab untuk mengikut al-quran dan as-sunnah Jumaat, Apr 10 2009 

Salam kalian semua, saya pasti kita sebagai seorang isla pastinya kita tahu mengenai imam 4 madzhab iaitu madzhab Hanafi, Hambali, Maliki dan syafi’i dan kali ini saya berasa berminat untuk berkongsi kata-kata mereka tentang bagaimana pentingnya kita mengikut as-sunnah dan al-quran dan kata mereka:

a) ABU HANIFAH (Imam Madzhab Hanafi)
 
1. “Apabila hadits itu shahih, maka hadits itu adalah madzhabku.” (Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)


2. “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang kepada perkataan kami, selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)


3. Di dalam sebuah riwayat dikatakan: “Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku”.


4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: “Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan menariknya balik di esok hari”.


5. “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah perkataanku”. (Al-Fulani di dalam Al-lqazh, hal. 50)

a) MALIK BIN ANAS (Imam Madzhab Maliki)
Imam Malik berkata:
1. “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)


2 “Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Shallallahu alaihi wa sallam”. (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)


3. Ibnu Wahab berkata, “Aku mendengar bahawa Imam Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, “Tidak ada hal itu pada manusia”. Dia berkata, “Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurangan, kemudian aku berkata kepadanya. Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata: “Apakah itu”? “Aku berkata: Al Laits bin Saad dan Ibnu Lahi’ah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al ¬Ma’afiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadist kepada kami, dia berkata, ”Aku melihat Rasulullah Shallallahu AlaihinWaSallam menunjukkan kepadaku dengan kelingkingnya apa yang ada diantara jari-jari kedua kakinya”. Maka dia berkata, “sesungguhnya hadist ini adalah Hasan, aku tidak pernah mendengarnya sama sekali kecuali kali ini. Kemudia di hari lain, saya mendengar beliau ditanya tentang hal yang sama lalu beliau menyuruh orang itu untuk menyela-nyela jari kakinya.
(Mukaddimah Al-Jarhu wat Ta’dil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)

c) ASY-SYAFI’I (Imam Madzhab Syafi’i)
Adapun perkataan-perkataan yang diambil dari Imam Syafi’i di dalam hal ini lebih banyak dan lebih baik, dan para pengikutnya pun lebih banyak mengamalkannya. Di antaranya:

1. “Tidak ada seorangpun, kecuali dia wajib bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apapun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetapi bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. Inilah ucapanku.” (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir,15/1/3)


2. “Kaum muslimin telah sepakat baahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya, hanya kerana mengikut perkataan seseorang.”
(Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal.68)


3. “Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)


4. “Apabila Hadist itu Shahih, maka ia adalah madzhabku.” (An-Nawawi di dalam AI-Majmu’, Asy-Sya’rani,10/57)


5. “Kamu (Imam Ahmad) lebih tahu dari padaku tentang hadist , dan orang-orangnya (Rijalull-Hadits). Apabila hadist itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku biar dari manapun orangnya, baik dia dari Kufah, Bashrah mahupun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, aku akan bermadzhab dengannya.” ( Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy-Syafi’I, 8/1)


6. “Setiap masalah yang didalamnya terdapat khabar daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam yang shahih …..dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku menariknya balik di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Harawi, 47/1)


7. “Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadist Nabi yang bertentangan dengannya shahih,ketahuilah bahawa itu bererti pendapatku tidak berguna lagi).” (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Mu’addab)


8.  “Setiap apa yang aku katakan bila bertentangan dengan riwayat yang shahih dari Nabi SAW, maka hadith nabi saw lebih utama dan janganlah kalian bertaqlid kepadaku” (ibnu Asakir, 
15/9/2)

9.  “Setiap hadith yang datang dari nabi saw, bererti itulah pendapatku sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri daripada aku”. (Al-Filani dan Ibn Qayyim di dalam al-I’lam)

AHMAD BIN HAMBAL (Imam Madzhab Hambali) ‘
Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling banyak mengumpulkan sunnah dan paling berpegang teguh kepadanya. Sehingga dia membenci penulisan buku-buku yang memuat cabang-cabang (furu’ ) dan pendapat. Oleh kerana itu dia berkata:
1. “Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)


2. “Pendapat Auza’i, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar (hadits-hadits. Red.)” (Ibnul Abdl Brr di dalam Al-Jami`, 2/149)


3. “Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sesungguhnya dia telah berada di tepi kehancuran.” (Ibnul Jauzi, 182).

Allah berfirman: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (An-Nisa:65),  dan firman-Nya:  “Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa adzab yang pedih. ” (An-Nur:63).

 

Bersama-samalah kita mempertingkatkan diri untuk menjadi muslim yang berada di dalam golongan mereka yang beriman, wassalam

Patutkah kita berjihad/berjuang? Khamis, Apr 9 2009 

Imam Hassan al-Bana menyatakan bahawa:

“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”

Ringkasan:
“Jihad” diwajibkan kepada kita bukanlah untuk menjadi penyeba jadinya permusuhan di kalangan manusia dan islam juga sama sekali tidak membenarkan penganutnya menggunakan “peperangan” ini sebagai salah satu cara manusia untuk menindas/merampas hak orang lain tetapi ia sebenarnya adalh untuk menjaga keamananan dengan menggunakan cara yang adil dan saksama.

Mengutamakan Kasih Sesama Muslim Rabu, Apr 8 2009 

Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Ketika Rasulullah s.a.w sedang hampir nazak, baginda keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan manyanjung Allah SWT, baginda bersabda:”Tidak ada orang yang paling dekat kepadaku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau boleh aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.”

(al-Bukhari)

Huraian:
Assalamulaikum, saya berpendapat bahawa apa yang cuba diterangkan oleh Rasulullah s.a.w itu ialah walau sesayang mana pun kita sayang dan percayakan seseorang sehingga kita mempercayai orang itu untuk menjaga harta pusakan kita dan sebagainya. Kasih sayang itu tidak dapat menandingi kasih sayang di antara saudara seislam itu sendiri, apa yang dimaksudkan dengan “kasih sayang seislam” itu adalah “persaudaraan” dan apabila pertalian “persaudaraan” ini terputus, keseluruhan umat islam akan berada dalam keadaan yang teruk kerana pertalian “ukhwah” itu tiada dan ia akan terus merosakkan umat islam dan akhirnya umat islam di dunia ini akan terus lenyap di era baru ini. Ingin diingatkan kepada tuan puan bahawasanya Allah memberitahu manusia untuk melakukan sesuatu pasti ada sebab munasabahnya, dan kadang-kadang kita tak mampu memikirkannya dengan akal logik kita yang terhad ini, Saya rasa itu sahaja buat kali ini, Wassalam.

Hadith dimabil daripada: iLuvsilam.com

Laman Berikutnya »